Saturday, May 18, 2013

Kate Spade

hello, im back!
hehehe.
last week aku pegi KLCC,
saja la sebab boring dok rumah kan, 
tiba-tiba terasa nak masuk Kate Spade.
kemain kan...
HIHI

bila dah tengok,
pastu mula la berangan
HAHAHA

I wish this bag for my birthday...

Muehehehehehehehehe


XOXO
bye

Lots Of Love :)
will be update more later

Sunday, May 5, 2013

I miss my Tralala

Assalamualaikum...
huiiii
lama gilaaaa tak buka blog luahan hati...
sebab tak sempat nak mengarang lately ni...
busy sikit dengan kehidupan dunia yang ada macam-macam
cabaran dalam kehidupan perlu ditempuhi...
hahaha

okay,
kira punya kira dh 5 bulan aku tak update blog ni...
hua hua hua
satu jangka masa yg agak lama jugak laaa

Hari ni memang aku tulis sikit luahan hati berkenaan dengan
Pilihan Raya Umum yang ke 13...
rasa sakit hati ok!
sebab dok baca news feed dari facebook
kawan aku kat FB ada la dalam 1659 orang
tak la banyak sangat sebab aku bukan retis punnn
hahaha
dalam banyak2 yang dok ada tu, mata aku ni sakit dok baca 
caci-maki manusia yang mungkin takdak keja selain dari
memburukkan orang lain...
mana yang baik-baik???
takkan tak ada 1 pun???
hello! please wakeup people
kat sini bukan la niat aku nak kata pihak pembangkang tu tak
bagus, tapi aku anggap manusia sekarang ada pemikiran lebih terbuka untuk menilai sesuatu baik or buruk...
aku jugak tak kata kerajaan tu sempurna habis sampai tak ada langsung kecacatan...
kita ni manusia biasa saja,
tak kira la Najib ka, Anwar ka kan
kita serupa...
yang membezakan kita mungkin hanya cara pemikiran...
kalau kita hidup asyik nak mencari salah orang lain
memang la kita dok rasa kita ni sempurna
lain kali cermin diri tu dulu...
kalau guna cermin tak boleh nampak,
guna la kanta pembesar ya!
;)
tanya diri kita sempurna sangatkah kita ni???
kalau kata sempurna sangat la kan,
takkan la boleh keluarkan kenyataan macam ni,

 kalau tidak masuk PAS akan ke Neraka kerana PAS itu Parti Islam seMalaysia. 
"Mu kalu mu tokseh masuk PAS, maka mu buke Isle." 

eh eh eh
sapa dia nak menentukan kita masuk syurga or neraka?
walaupun umur aku baru 22, mungkin ilmu masih belum cukup,
tapi aku boleh fikir...
sebab ayah & ummi bagi didikan agama yang cukup...
saya ni budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan
setakat ilmu yang ada di dada ni saya tak tau la pulak,
kalau sesama manusia, boleh menentukan manusia lain masuk 
syurga or neraka
:)

Kalau sayalah nak berkempen untuk PAS, saya akan tambah sikit lagi. 
"Mu kalu ngaji di Universiti Kebangsae Malaysia atau dok ngaji kek Universiti Malaya atau mana-mana universiti laing, maka mu buke Isle sebab ore Isle patut ngaji di Universiti Isle Antarabangsa. Kalu mu buka akaun denge Mebenk, buka akaun dengan CIMB, buka akaun ASN/ASB denge Benk Simpane Nasional, maka mu buke Isle sebab hanya Bank Isle Malaysia Berhad saja ye layak untuk ore Isle."
 Errrkkk... macam sempit lak bunyinya fikiran saya kalau berkempen camtu. Tak gitu tuan-tuan?

hem hem hem
ok ka kalau bagi kenyataan macam tu?
hahaha
ayat ni aku pinjam dari sahabat FB
thanks kepada tuan empunya ayat ni ya!

lagi satu perkara yang aku rasa perlu difikirkan 
sedalam-dalamnya, isu berkaitan semua nak bagi free...
gila aaa semua nak bagi free,
duit banyak sangat ka macam mana?????
nak hapuskan PTPTN,
kalau PTPTN di hapuskan macam mana bagi orang yang tak berkemampuan nak sambung belajar di IPTA/IPTS.
jika mereka dari golongan yang pandai, mungkin mereka boleh masuk IPTA dimana yuran lebih murah berbanding IPTS.
Bagaimana jika sebaliknya berlaku???
ada ka sapa-sapa yang sudi tanggung???
hem hem hem
aku amik contoh diri sendiri la kan...
aku ni bekas pelajar IPTS di Shah Alam,
setiap bulan perbelanjaan aku ialah :

sewa umah : RM 200
minyak kereta : RM 150 (tu kalau jenis x merayap)
makan 3x sehari : RM 30x25 = RM 750
(ni kira paling sikit/ weeknd kadang2balik rumah)
assignment : RM 50 (kot2 nak kena print ka apa)
TOTAL : RM 1150
setiap sem baru pulak kena bayar yuran
RM 5000
pastu setiap sem ada event mesti guna duit jugak
paling sikit pun RM 500 tu kena tutup mata la bayar...
cuba bayangkan kalau PTPTN dihapuskan jadi apa?
bagi yang keluarga berpendapatan tinggi ok la...
tapi, kalau berpendapatan tinggi sekali pun yang nak ditanggung tu ramai, sama saja la...
tak cukup jugak!
bagi yang pernah belajar di IPTS mungkin tau apa yang aku maksudkan, sebab kat IPTS ni everything is MONEY!!!
trust me, kalau tak percaya p la try masuk belajar IPTS...

nak hapuskan TOL pulak,
hem hem hem
agak-agak kalau jalan rosak ka, Penang brige roboh ka, ada tak duit nak repair balik kalau kita hapuskan TOL???
aku ada la jugak baca 1 artikel berkaitan dengan kutipan TOL ni,
yang mana kutipan tersebut dah mendapat kembali modal yang di keluarkan... tapi pernah tak anda fikir yang harga barang dulu dengan sekarang berbeza?
cuba kita pandang 10 kedepan, dan buat perbandingan...
kalau ada yang kata 10 tahun kedepan tu harga barang turun buktikan!
lagi pun kita sendiri tau setiap tahun penduduk Malaysia ni bertambah, maknanya penggunaan kenderaan juga bertambah, takkan la jalan raya nak biar 3 lane kotttt???
3 lane pun nak balik raya Penang 10jam woi!!!

so, nak tambah jalan raya baru pun kena guna duit!
bukan daun kering ya pakcik makcik sekalian!
dari mana datangnya duit tu?
semestinya dari raykat yang prihatin seperti anda
:)
fikir la anda ni prihatin or tak?


Renung-renungkan lah wahai manusia...
sesungguhnya setiap manusia tu dibekalkan akal fikiran
yang sempurna
:)

sebelum apa-apa aku nak mohon maaf jika ada mana-mana
pihak yang terasa atau sebalik.




Lots Of Love :)
will be update more later

Wednesday, December 26, 2012

Quiche spinach + mushroom + beef pepperoni

ehem!ehem!
selamat menjamu mata for ur lunch!
hehehe.

bahan-bahan nak buat pastry :
- 250g tepung gandum
- 125g butter (guna yang sejuk)
- 1 biji kuning telur
- 3-4 sudu air sejuk

mula-mula campur butter dengan tepung.
guna tangan jer, sampai jadi macam bread crumb.
pastu masuk kuning telur.
last sekali baru masukkan air sedikit demi sedikit.
sampai adunan tu jadi doh yang boleh di uli la.
bila dah siap, boleh la bentukkan dalam bekas pastry.
bakar pada suhu 170'C selama 20 minit,
atau sampai jadi warna keperangan.

bahan-bahan nak buat filling :
- 250ml krim 
(nak guna susu segar pun boleh, tp kalau nk sedap guna krim)
- 3 biji telur
- garam & lada letak sekucup rasa
- keju mozarella
- cendawan,bayam,beef pepperoni
kuantiti tu main hentam jerrr.
so pandai-pandai la ye.
haha.
jangan lupa potong kecik2
(yang ni boleh tukar ikut selera masing-masing)

bahan-bahan untuk filling tu nak masak dulu pun boleh,
tak nak masak pun boleh.
ikut suka hati.
tapi aku masak dulu.
campur semua bahan tu secukup rasa kecuali telur & keju,
masak sampai mendidih.
lepas tu biar bagi sejuk sikit,
baru masukkan telur & terus kacau sampai rata.
last sekali boleh la tuang dalam pastry tadi,
taburkan keju ikut suka.
lagi banyak lagi sedap!
bakar 200'C selama 20 minit,
atau sampai nampak macam dalam gambar.
hehe. 







Lots Of Love :)
will be update more later

Saturday, December 15, 2012

Golden Palm Tree, Sepang Gold Coast

Im back!!!
best gila holiday 3h2m kat Gold Coast uollss!
eh!eh!eh!
Sepang Gold Coast je.
hihihi.
malas aku nak cakap banyak...
biar gambar menceritakan semua...
ewahhhhhhh~
ala-ala Instagram gitu...
ahaksss!

my villa
hehe
kat sini ada 5 jenis villa,
mine is travelers...
semua sekali ada 3 villa,
2 travelers & 1 canary.
canary tu ada 2 bilik, besar jugak tapi tak luas.
cmne tu?
ahaha.
sapa yang nak pegi dengan family amik la canary.
tapi kalau nak yang luas boleh lari amik travelers.
hahaha.
sofa pun ada kalau nak landing kat sini.
ni pulak tv.
function dia lain sikit.
tapi tak tau la kot2 aku yang baru 1st time.
sebelum ni tak penah tengok lagi kat hotel lain.
hahaha.
ni toilet yang seksi + seksa.
hahaha.
boleh nampak villa nun disana tu???
balcony villa.
agak-agak boleh terjun tak ek?
tu ada pelampung untuk apa?
hihi
ni villamate aku.
wehoooo!
you ladies kalau yang gedik-gedik nak pakai heels,
don't worry pakai jer.
sebab kat sini ada provide sliper untuk uolls.
hehehe.
sangat berguna ok!
ayah & ummi
nak minum petang sambil tengok sunset pun boleh.
nampak tak ada kerusi meja tu?
:)
ni adik aku,
makan calcium banyak kot tinggi sangat???
owhhh ada apa tuuu???
ni sebenarnya nak lompat,
tapi tak cukup ringan.
HAHAHAHAHAHAHA 
menikmati pemandangan laut yang sungguh luas
lepas tu,
tambah tenaga untuk aktiviti esok.
hehehe
nama kedai ni Senandung Malam
bagi aku,
sotong celup tepung & tomyam dia terbaik!!!
harga pun berpatutan.
malam tu aku order,
 udang,sotong,siput,ikan,sayur,tomyam,telur dadar
RM 180.00 jer makan 10 orang.
*****

bangun pagi gosok gigi,
salin baju makan pagi,
hahaha.

nak p breakfast dulu.
nanti la sambung cerita... 
omelette yang aku makan tu chef dari PTPL yang buat.
sempat berkenalan jugak.
HAHAHA
tapi lupa nak tanya nama dia.
makan sampai kenyang!
yang warna coklat tu sticky bun nama dia.
kalau makan tu boleh kerat kaki cheq habaq awai-awai.
manis gilaaaaaaaaaaaa!
pemandangan time breakfast!
swimming pool tanpa sempadan sambung dengan selat melaka?
jeng.. jeng.. jeng..
OK! ready for next activity
ayah & ummi pun dah sampai
tulis nama dulu yer...
basikal???
ping pong
bola sepak pun ada
wah~ adik naik basikal pakai helmet?
hahaha
masing-masing malu nak amik gambar sebab,
pakai helmet Oldskool tu!
wakakakaka.
basikal pun boleh berkonvoi tau!
naik basikal dah...
sekarang boleh buat hal masing-masing...
bawak diri merentasi lautan yang luas...
HAHAHA!
owhhh
dating ye???
ok,adik pegi dulu!
malas nak kacau orang dating.
PEACE!!!
:D
walaupun blur...
tetap nampak seninya disitu...
hehe.
alaaaa.
tak sempat ready lagi!!!
yang nak cepat sangat tu nak p mana???
tarraaaaaaaaaaaa!
Extreme Park pun ada.
Go Kart
ATV
jom kita memanah dulu!
semua menunjukkan bakat...
tapi sorang pun tak berbakat!
hahahahhahahaha
habis sesi tunjuk bakat,
balik tidur dulu sementara nak tunggu petang...
ada jugak yang main monopoly
bila air pasang, boleh nak berkayak.
tapi sayangnya dapat main sekejap jer.
sebab...
hujan turun
huaaaaaaaaaaa!
mini ping pong pun boleh la...
sementara tunggu hujan berhenti nak balik bilik...
maka berakhir la untuk hari ni...
12.12.12

*****

hari terakhir,
macam biasa breakfast dulu...
semua malas jalan amik makanan!
aku sorang je rajin bila bab-bab makan ni.
:D
ni aktiviti wajib sebelum balik!
mandi manda dalam kolam tanpa sempadan???
HAHAHA
nak pegi lobby kena naik buggy...
sebab jauh la jugak...
nak bawak bag lagi...
"hantar saye pegi lobby ye"
ni mengantuk ka apa?
nak amik kereta pun kena tuggu shuttle van hantarkan.
walaupun penat tapi semua happy!!!
byeeeeee
XOXO



Lots Of Love :)
will be update more later